LAMAN UTAMA

PERUTUSAN PENGERUSI

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia

Syukur ke hadirat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dan keberkatan-Nya maka, blog Persatuan Kesihatan Awam Kelantan (PKA Kelantan) ini telah berjaya dibangunkan setelah setahun persatuan ini ditubuh iaitu pada 16 Disember 2014. 
Blog persatuan ini boleh dilayari melalui alamat pkakelantan.blogspot.com dan bertujuan untuk memberi maklumat terkini kepada masyarakat dan khususnya ahli-ahli persatuan. Ianya juga merupakan satu kaedah untuk kami mempromosikan persatuan kami melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh biro-biro yang telah dilantik dikalangan ahli-ahli yang amat berpengalaman.
         Ia juga diharap akan menjadi suatu gerbang bagi komunikasi dua hala antara orang ramai dan PKA Kelantan bagi kami memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat khususnya.
Menerusi laman web ini, kami akan  memaparkan banyak maklumat dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh persatuan. Selaras dengan matlamat persatuan, saya berharap persatuan kesihatan awam ini akan terus cemerlang dan  dalam apa jua yang dilakukan. Ianya kerana kita ingin memastikan masyarakat terus diberi hak untuk menjaga kesihatan mereka dengan pengetahuan terkini dalam bidang kesihatan dan mencapai tahap kesejahteraan yang berterusan, sesuai dengan motto persatuan "Perkasakan Kesihatan Lestarikan Kesejahteraan"

Akhir kata, semoga dengan adanya laman blog ini dapat memberi banyak manfaat kepada orang ramai. Selamat melayari laman web JKNK.

Sekian. Wassalam.  

Dr Hj Wan Mansor Hamzah
Pakar Perunding Perubatan Kesihatan Awam
Merangkap Pengerusi
Persatuan Kesihatan Awam Kelantan

1 comment: